Assalamualaikum..

IT'S ALL ABOUT US.......

Friday, May 25, 2012

RIDING THE HORSE......

Arina & Nabil mmg suka riding... First riding diaorg kat Bkt Tinggi Resort last year..., masa birthday Nabil... Nie second riding jgak utk memenuhi permintaan Nabil utk birthday dia....
Me & hubby decide nak daftarkan riding course utk diaorg... Tgk laa bila ada masa nnti....

Thursday, May 24, 2012

FROM NEW ZEALAND with love......

En. Somi baru balik dari New Zealand smlm.... Sgt suka hati dan syukur slmt sampai rumah... Dan sgt gembira kami semua dpt byk hadiah....

DAH ABIS PEKSE.....HORRAYYYY!!!!!


2 mggu bertapa dlm rumah mengulangkaji matapelajaran utk midyear exam.... Mggu pertama 7 subjek diniyyah iaitu Aqidah, akhlak , feqah, sirah, jawi, Arab dan tajwid...
Mggu kedua plak subjek teras... B. Melayu, English, Maths, Sains, Kajian Tempatan, TKRSM & Kemahiran Hidup....

Hari nie last day.. So, dah blh merdeka semuanya..... Kesian jgak diaorg.... Mmg tak ke mana2 pun spjg 2 mggu nie.... Mengulangkaji pelajaran jer.... Harap2 keputusan baik laaa... Insya Allah....
So, hari nie jom kita ENJOY!!!!! Lepas asar tadi, bawak diorg ke bdr... Ghi bookshop, beli novel & apa jer laa yg diorg nak... Then, ghi mkn2... & lepaking kat Pizza Hut....

Wednesday, May 23, 2012

BULAN REJAB

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:

“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.

Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal
dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.

Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.

Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.

Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”

Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”

Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab.”

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:

“Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?”

Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka.”

Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur.”

Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?”

Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”

“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.”
“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.”

KELEBIHAN BULAN REJAB

Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.

c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

ASSALAMUALAIKUM.....

Pembuka bicara & tanda perkenalan...

Jadi tak keruan plak rasanya... Nak memulakan entry pertama dlm blog baru nie.... He he he...
Blog yg lama "mom's treasures" terkubur sudah... Sayang jgak dah berusia hampir 3 thn... Tapi biarkan ia berlalu....meninggalkan segala memori.. Hu hu hu... Pahit, manis...semuanya teradun indah...

IT'S ALL ABOUT US..... ini akan jadi jln cerita yg baru ttg kami... Insya Allah.... En. Somi yg mintak sgt saya berblog semula... Seronok baca blog isterinya... Ha ha ha.. Insya Allah, dgn ini saya akan aktif dlm" blogging"... Kekawan yg duk follow blog lama pun sibuk minta saya berblog... Yelah,, mereka dah tak blh nak skodeng saya lagi..... Ha ha ha....

Sebagai entry yg pertama, biarlah saya intro2 sikit siapa yg terlibat dlm "US" spt tajuk blog nie....

EN. SOMI...
Cinta hati saya... Bekerja jauh nun di Turkmenistan... actually en.somi keje Petronas Carigali Malaysia bhgian " oversea assignment".. So, kenalah bertugas di sana 5 thn...

ARINA HANNAN...
Anak sulung saya... Dan satu2 nye anak perempuan setakat nie laaa... Berusia 10 thn.....

NABIL HANIFF.....
Hero yg sedikit manja, anak kedua saya yg berusia 8 thn...

NAUFAL HAQIFF...
Anak bongsu yg sangat2 ler manja....tapi dialah penghibur kami sekeluarga... Berusia 4 thn yg masih pelat berkata2.....